Blog sudah tidak aktif kerana kami telah berpindah ke website baru. Sila lawati https://bidadarimall.com untuk maklumat terkini

Tuesday, 15 April 2014

01: Cool Fan

status : coming soon

Kipas pengudaraan kereta yang berkuasa solar sepenuhnya ini berfungsi sebagai 'ventilator' yang bekerja dengan cekap serta senyap. Ciptaan ini beroperasi mengeluarkan udara panas dan bau-bauan yang terperap didalam kabin sewaktu meletakkan kereta anda di tengah panas terik membakar. Walaupun tingkap kereta anda tertutup rapat, pada setiap 20 minit secara automatik kipas berkuasa solar akan menghembus keluar hawa panas kenderaan serta bau-bauan yang terperap lalu menggantikan dengan udara luar yang lebih segar dan lebih kaya oksijen. Terbaru - 1 watt (lebih bertenaga) berbanding kebanyakan yang dijual di pasaran iaitu hanya 0.3 watt dan semestinya lebih murah.

Secara tidak langsung ia akan mengurangkan beban pendingin hawa kereta untuk menyejukkan dalaman kereta. Ruang dalaman kereta dapat disejukkan dengan lebih singkat sekaligus menjimatkan penggunaan bahan api kereta. Suatu ciptaan pintar terkini.

Bukan itu saja, ianya dapat memanjangkan jangka hayat kemasan dalaman kereta serta peralatan elektronik supaya lebih terpelihara dari ancaman suhu melampau didalam kereta.
Oleh kerana ianya ditenagakan oleh kuasa cahaya matahari semulajadi yang PERCUMA, anda tidak lagi perlu rungsing memikirkan tentang bateri yang perlu di caj semula atau menggantikan usia bateri. 100 peratus tenaga percuma anugerah dari Allah. Pemasangan yang begitu mudah dan teramat pantas !
Kipas pengeluar haba ini BUKAN unit penghawa dingin kenderaan, sebaliknya ia adalah sistem unit pintar pengudaraan dan penghembus keluar haba panas bagi kegunaan dalaman sesebuah kenderaan. Memanfaatkan tenaga percuma yang boleh dikitar semula / tenaga hijau melalui sel solar yang efisien. Ianya tidak sesuai digunakan pada tingkap kenderaan yang dilapisi filem penapis haba yang gelap. Juga kurang efisien berfungsi pada cuaca yang mendung.

Cara Memasang:1. Unit kipas solar perlu diletakkan di sebelah dalam kereta. Gantung unit kipas solar pada cermin kereta anda.2. Gunakan pita yang dibekalkan bagi melekatkan kipas ditempatnya.3. Ulangi langkah untuk sebelah kanan kipas4. Kipas penghembus bertenaga solar sedia digunakan pada tingkap. Ianya mudah dipasang dan ditanggalkan semula.

Ciri-ciri dan Fungsi Utama:· Menghembus keluar hawa panas dari kereta yang diletakkan ditengah panas.· Berkuasa sel solar / matahari - Tiada bateri diperlukan ( Sumber tenaga percuma )· Sesuai mana-mana tingkap kereta dan model· Saiz: Kipas: 15 (L) x 11 (W) x 5.5 (H) cm;   Belt: lebih kurang 80cm

Pakej Lengkap Termasuk:1 x Unit Kipas penghembus haba dengan sel solar1 x Tali Getah1 x Manual

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
Blog Widget by LinkWithin